Posted by: syarafuddinsulaiman on: January 8, 2010
Banyak kali saya fikir dalam hati: Abaikan sahaja semua ini. Berapa ramai yang prihatin benar? Dan berapa ramai pula yang hati-hati dalam meraikan perasaan manusia dan hak sendiri?
Menulis hal-hal berat begini banyak kalinya merugikan. Silap kata, hilang teman. Lebih digerunkan, hilang wang.
Tulisan ini sepatutnya bermula lain. Ia patut bermula dengan: Tuhan telah lama direbutkan. Dan tuhan juga telah lama cuba diwakili.
Kemudian saya akan jelaskan rasional saya untuk tidak menyokong penggunaan Allah dalam urusan bukan Islam. Saya menulis tentang istilah Allah yang hanya dikenali mutlak bagi umat Islam di Malaysia, logik silap hujah ‘orang Kristian Arab pun guna Allah’ yang silap kerana logik itu benar di Arab dan bukan di Malaysia, logik silap yang menggambarkan seolah-olah wujud kekeliruan antara istilah Allah dan tuhan, kehairanan betapa mereka yang mahukan istilah Allah dalam Bahasa Melayu itu kebanyakan masa selesa ‘berInggeris’ dan paling penting, akuan-akuan rasmi pakar Kristian yang kepercayaan Islam dan Kristian itu berbeza.
Dengan sikap prihatin akan semua pihak, saya sejak semalam lagi berkira-kira apakah bijak strategi yang diambil pihak gereja di Malaysia bagi menggunakan nama Allah. Jawapannya seperti datang dalam cara paling dahsyat.
Semua ini dengan idea penghujahan mahkamah diguna pakai bagi semua keadaan di Malaysia dan tidak unik kepada masyarakat Sabah dan Sarawak yang katanya sudah berkurun menggunakan Allah dalam masyarakat Islam dan Kristian. Tanggapan dan kesan terhadap istilah tidak sama. Ia unik mengikut masyarakat. Begitu pendapat saya.
Tidak mahu si pendemontrasi enak lapang membaca tulisan ini, saya bercadang mengkritik pendekatan sidang akhbar dan demo yang begitu ketinggalan zaman dan sebelah pihak. Saya juga mahu menjentik minda supaya berfikir mengenai alasan di sebalik ketegaran mereka yang merokok Marlboro dan Dunhill ataupun paling culas ke masjid dalam mempertahankankan ‘hak agama’ ini. Mereka yang sama juga tidak pula ikut demonstrasi apabila anak-anak Islam pesta arak demi tahun baru. Sikap pilih kasih begini menyebalkan.
Semuanya aman-aman dan rasional belaka hingga saya dengar beberapa gereja dibakar. Bakar rumah ibadat biasanya hanya berlaku dalam berita luar negara ataupun cerita kosong kedai kopi.
Namun sekarang, ia benar-benar berlaku.
Antara sejarah hitam agama di Malaysia adalah tragedi Natrah dan Memali. Ayah Pin dan Rasul Kahar patut bersyukur kerana tiada yang mati kerana mereka.
Dalam masyarakat majmuk yang keutuhannya pada banyak masa mampu terganggu, cakap-cakap, tulisan-tulisan apalagi tindakan-tindakan ‘ikut rasa hati sahaja’ langsung membunuh. Tiga gereja dibakar dan perkara tidak akan jadi seperti dahulu lagi.
Kau bakar gereja dan yang malunya berbillion umat Islam. Sama juga apabila hanya kamu mahukan Allah, yang jahatnya berbillion umat Kristian. Tindak tanduk tunjuk kuasa ini tidak matang. Tidak matang kerana di satu pihak mahu tunjuk dia resah dan mampu menyusahkan serta mengganas. Pihak yang lain pula awalnya mahu membuktikan mereka mampu berhujah dan kekal mahu apa yang mereka hendak walaupun pihak yang lebih ramai enggan.
Pada saat ini, cakap-cakap saya ini mungkin berakhir kosong sahaja. Melayu yang terkenal lembut hatinya mungkin akur begitu sahaja penggunaan Allah kerana malu akan perbuatan Melayu yang lain. Bukan Melayu Kristian yang vokal makin mendesak dan seperti manusia biasa lain mula mengungkit-ungkit kesilapan sekumpulan kecil pembakar itu sebagai bukti ‘kebenaran’ pihak pendakwa.
Ataupun, yang ini saya doakan sungguh-sungguh moga dijauhkan tuhan, dua-dua jadi keras kepala dan naik tocang, bara yang diam-diam saja menyala langsung membakar dan menyambar. Melayu totok memang terkenal kerana hebatnya menahan diri dan betapa dahsyat apabila kegeraman itu meletus. Kaum lain juga mampu jadi sama ganas apabila didesak.
Paling saya inginkan adalah perbincangan yang elok dan santun. Pihak yang meminta kemukakan hujah dan pihak yang menentang kemukakan juga hujah. Tidak perlu babitkan media. Agama sudah habis aset bagi dilelong dan dijual. Cukup-cukuplah mati semua benda demi produk lebih laris dan poket dua tiga orang ikut kembung.
Bukankah orang berbalah lebih teruja dibaca daripada berita orang berbaik?
Namun ini jika pihak berkenaan mendengar. Jabatan agama nampaknya sukar mahu diharap kerana sedangkan orang Islam yang berbeza pendapat pun mahu digodam, apalagi yang tidak sama kepercayaan. Boleh jadi juga mereka diam membisu kerana biasanya jabatan agama ini hanya seperti rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Komen pun umpama melepaskan batok di tangga.
Yang saya percayakan hanyalah NGO-NGO Islam. Itupun jika mereka tidak sibuk tambah ahli dan musyawarah sahaja
Di pihak saya, saya alukan komen dan perbincangan. Cuma tolong berfikir jelas-jelas sebelum berkata. Dan jangan paksakan orang lain menerima nilai yang jika disuruh awak melakukannya, awak juga tak mahu mengiyakannya.
salam perkenalan suka membaca blog anda.
Assalamualaikum,
Untuk sama-sama kita menambahkan pengetahuan kita mengenai isu ini, mari kita ikuti perbahasan yang dikemukakan oleh Dr Adian Hussaini menerusi link di bawah….
http://insistnet.com/index.php?option=com_content&task=view&id=200&Itemid=54
1 | dent
January 8, 2010 at 6:11 pm
dr dulu lg aku fikirkan benda ni. mmg xboleh sbb kristian nk guna nama ALLAH ni utk ape, dan sbb ape…nama ALLAH mmg sah utk digunakan tapi bergantung kpd sbb dan yg paling merisukan adalah kerana sbb2 tersebut. tpi bila ckp kat kwn2, diaorg ckp mmg boleh, knp nk kita nk marah, knp minda kita xopen. then after sometimes, bila pemimpin diaorg sdr yg highlightkan isu ini, mengatakan xboleh, xsokong, xsetuju, kufur, baru lah mereka2 ini ckp ooo ini punya kristian aaaa, mana boleh guna aaaa, nk mampos ke aaa….jd ape yg aku nk highlightkan kat sini adalah, kebanyakan dr kita just ikut ckp pemimpin yg kita suka shj, buta2. dulu duk bertekak ckp boleh, skrg bila pemimpin ckp xboleh lak, baru laaaa ckp xboleh. so buka knlah minda kita, terima pendapat dua2 belah pihak, analyze n cr kesahihannya….bc lah bnyk2 paper n blog kat tenet, then we’ll see sumthing…