Saudagar Mimpi

Mari Tonton Filem Hindi: Taare Zameen Par

Posted by: syarafuddinsulaiman on: June 28, 2009

(sekali lagi gambar dibekalkan Encik Google)

Jika saudara seorang yang pesimis dengan filem Hindi dan sentiasa mencari-cari dari mana agaknya filem Hindi yang agak baik jalan ceritanya meniru (jawapan: daripada filem Tamil / Inggeris biasanya), ini permata untuk saudara.

Industri Bollywood tidak seklise yang kita sangka. Tentu sekali tidak. Daripada Bobby, Mere Nam Joker, kemudian Black, Lagaan, Swades dan Chak De India, Hindi membuktikan mereka boleh berubah dan mampu menghibur.

Taare Zameen Par adalah filem pertama arahan Amir Khan. Filem yang diterbitkan di India pada penghujung Disember 2007 ini pernah dicalonkan ke Oscar untuk kategori filem asing tetapi tidak menang (setahun kemudian Slumdog Millionaire arahan seorang Inggeris menang kategori ini).

Sukar untuk saya bandingkan Taare Zameen Par (selepas ini saya ringkaskan sebagai TZP) dengan Slumdog Millionaire (saya ringkaskan SM.

Pada beberapa segi, mereka terlalu sama. Isinya bagus, skor muziknya menarik, lakonan kuat dan jalan ceritanya memuaskan.

Daripada sisi-sisi lain, mereka berbeza. Mungkin kerana pengarah mereka berlainan bangsa. Amir khan pada saya menghasilkan sebuah filem yang berjiwa Bollywood walaupun berlainan pendekatan. Boyle pula menggunakan pendekatan yang lebih British dan Hollywood. Permainan kamera, penonjolan watak, warna filem dan turun naik filem jelas menunjukkan ini.

Apapun kedua-duanya saya berikan penghormatan ‘Mesti Tonton’ untuk sesiapa sahaja yang mencintai cerita, bukan grafik-grafik muluk sahaja.

TZP (diterjemah kasar sebagai Bintang Kecil di Bumi Tuhan) datang dengan Tagline: Setiap Anak Adalah Istimewa.

Ia dibuka dengan baik sekali. Semacam hadiah yang mencemaskan kita isinya. Kita diperkenalkan dengan watak utama filem ini iaitu kanak-kanak bernama Ishan. Sorotan kamera yang kemas dan pilihan babak-babak yang kritikal, mengkayakan pengalaman dan pemahaman kita terhadap karektor Ishan.

Saya puji Amir khan dalam kemunculan pertama beliau sebagai pengarah ini. Amir memilih orang yang tepat untuk berlakon, menulis skrip, menulis lagu, mengambil gambar, menulis lirik malahan membuat animasi!

Kejutan-kejutan kecil seperti animasi ringkas manis sekali pada saya. Bukti bahawa Malaywood bahkan kini terhina dengan Bollywood.

Ishan dilakonkan dengan amat baik oleh pelakon kanak-kanak tersebut. Sampaikan saya jadi tertanya-tanya pula adakah pelakon yang terpilih itu benar-benar mempunyai kesulitan yang sama dengan watak dalam filem. Lakonannya bersahaja dan hidup. Tidak sekalipun kita rasa bahawa dia sedang berlakon, tetapi kita akan rasa seolah-olah masuk dalam hidup kanak-kanak ini.

Wajahnya kosong sesuai dengan bentuk kesulitan yang dia alami. Apabila dia bebas lepas menangguk ikan dalam longkang tanpa menghiraukan pemandu bas yang menunggu atau sewaktu dia ketawa melihat tangan ayahnya hampir terkena wajah ibunya sedangkan tangan itu diangkat untuk menampar dia, saya jadi seronok dengan kehalusan pemerhatian penulis skrip yang mengkayakan pemahaman kita terhadap sikap dan karektor seorang kanak-kanak disleksia.

Apa itu disleksia, saudara perlu geledah sendiri. Pun begitu, filem ini masih menjanjikan sesuatu yang menyentuh hati sekalipun saudara mempunyai pengetahuan tentang itu.

Kerana disleksia, Ishan sentiasa melihat huruf menari-nari. Ini membuatkan dia sulit untuk membaca. Saya suka dengan pengkayaan Amir dalam menceritakan ini dengan lebih jelas menggunakan animasi. Ishan juga sering membayangkan sesuatu melebihi orang lain. Ini juga digambarkan dalam animasi.

Lakonan ibu bapa dan abang Ishan juga baik. Mereka adalah perlambangan watak kita, manusia biasa dengan cemerlang. Kita, manusia biasa, tidak digambarkan sebagai jahat dalam filem ini. Ini pun membuatkan saya seronok. Banyak filem, apabila ingin menceritakan kesulitan seseorang, jadi terkilas daripada motif asal dan masuk dalam ‘mode’ memburuk-burukkan orang yang tidak faham.

Saya fikir adalah normal untuk kita rasa kecewa dengan watak ayah. Beliau sentiasa mahu membandingkan Ishan dengan anaknya yang sulung sedangkan mereka berbeza. Rasa kecewa ini baik sekali jika kita dalami dan jadikan pengajaran dalam hidup sendiri. Kalau punya anak, adik, keluarga, teman atau sesiap sahaja, jangan mudah membanding-banding atau menyusun atur hidupnya tanpa kita kenal siapa dia.

Jika ada pun ‘mode’ ingin memburuk-burukkan watak, watak yang banyak sekali diburukkan adalah ‘cikgu-cikgu’. Guru-guru yang sangat mementingkan baca tulis hinggakan dalam menyampaikan pengajaran ilmu zahir itu mereka jadi lupa pada ilmu batin (akhlak). Mereka menjerit-jerit, marah-marah dan kadang-kadang sampai menghina murid sendiri.

Ini pada saya, ada benarnya. Wajar diselami dan diinsafi pada konteks ini. Pun begitu, itu tidak bermakna cikgu tidak boleh marah atau menghukum langsung. Cuma, saya nampak asasnya adalah mendidik, bukan mengajar-ajar.

Walau bagaimanapun, watak guru tidaklah dibiarkan canggung sampai akhir. Watak gurulah yang kemudiannya menemukan kesulitan Ishan. Watak ini walaupun kekadang berkhutbah, menemukan banyak jalan yang cantik dalam membantu Ishan. Samada dalam memujuk ibu bapa Ishan, memujuk guru besar Ishan atau memujuk Ishan sendiri. Malahan caranya mendidik Ishan menulis dan mengira benar-benar mengkayakan pengetahuan saya dalam memahami cara pendidikan kreatif.

Watak-watak guru lain yang asalnya jelek pada Ishan juga ditunjukkan berubah apabila diberi pandangan baru terhadap Ishan. Malahan bapa Ishan yang keras itu juga.

Bentuk optimis begini indah. Realis juga pada saya kerana setiap manusia ada peluang untuk berubah kalau kena pengajaran yang kita berikan. Dengan izin tuhan.

Sekali sahaja ada babak watak menari dan menyanyi. Itu pun langsung tidak luar biasa dan masuk akal. Di lain masa, lagu-lagu yang indah disisipkan dalam babak-babak filem. Lirik dan lagu sangat baik kerana saya memang sukakan lenggok bahasa Urdu. Pemilihan kata memberikan kita lebih daripada pengetahuan, tetapi pengalaman. Ia membuatkan kita merasa.

Saya paling ingat lirik yang mengandungi penyataan ‘Kau tahu segala sesuatu, kan ibu?’, lirik yang menonjolkan kesucian pemikiran kanak-kanak dan lirik-lirik yang mempersoal manusia yang sentiasa terkejar-kejar dan bersaing.

Pendek kata, beginilah: saudara wajar tonton ini. Ini bukan filem kanak-kanak disleksia sahaja. Ini filem tentang harapan kanak-kanak dan harapan kita juga waktu kecil-kecil dahulu.

Ini bukan sekadar filem. Ia tazkirah, peringatan. Bahawa kerap kali kerana kita ini bukan jiwa yang tenang, kita jadi pencuri impian orang.

Taare Zameen Par.

P/s: Saya ulang tonton lagi babak-babak tertentu. Saya dapat merasakan alangkah payahnya apabila orang tidak memahami kita. Apalagi apabila kita tidak jelas masalah sendiri. Pasti amat menyakitkan.

29 Responses to "Mari Tonton Filem Hindi: Taare Zameen Par"

Salam,

Awak memang tak kalah mencari filem yang bermakna penyampaiannya. Saya lihat kembali filem ini (biarpun sudah berpuluh-puluh kali) dan rasanya masih sama seperti kali pertama menontonnya.

Baru saja mahu promote filem ini, awak sudah masukkan ia di senarai mesti tonton.
:)

Saya rasa tags awak untuk entri ini pun semacam menarik juga untuk dibaca. :P

p/s
Dialeksia ke disleksia? Mana satu yang betul? Ada kamus tak? Atau lebih baik gunakan saja dyslexia sebagaimana dalam bahasa inggerisnya?

yg pasti bukan dialeksia

Serasanya ejaan awak yang betul :) Cuba periksa di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya sukar memeriksa menggunakan telefon :)

Sudah jelas betul atau salah, beritahu saya ya.

Untungnya awak, saya punya kesempatan untuk periksa di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ejaan yang betul dan wujud ialah disleksia.

Dan terima kasih kepada teknologi yang bernama internet.

Ati mahu cari filem ini. Sekarang influence dari India kuat di rumah, sudah tengok Rang De Basanti, Water dan Earth. Rang De Basanti diimport khas dari Delhi!

Saya tonton filem ini minggu lepas.Saya suka dengan aksi pelakon kanak-kanak itu yang begitu meyakinkan.

Adegan-adegan awal semasa Ishan didenda berdiri di luar kelas membuat saya ketawa kerana aksinya betul-betul mempamerkan aksi komedi fizikal (physical comedy) yang melucukan.

Len: terima kasih kerana menyemak :) Saya sudah ubah kecuali di tags.

Ati: Cari, jangan tak cari :)

Tuan Iskandar: perincian-perincian kecil begitu betul-betul membuatkan kita tidak perlu tekan fast forward :)

ada movie ni tak? dah lama saya cari. kalau ada mau borrow. taka da tak mengapalah

Ain,

Ada. Mesti ada. Kalau tak, takkan berani ulas di sini :)

P/s: Gandhi pun ada. Ini tidak kalah menarik.

hohoho. teringin. kepingin dsb. nak abang din. ayuh jumpa!

gandhi pon saya manu. tamak. habola

Gandhi itu saya yang mahu. :D

Ain,

Ayuh, tak ayuh :)

Abang balik malam ni. Jumpa khamis depan ok? ;)

Ps: sabar sebahagian daripada imam :)

Boleh saja.

Imam nya sebahagian sabar tu. Nombor telefon masih sama kan?

Kena bawa thumbdrive ke?

Ain,

Kurang asam :p Salah eja la. Tapi kira boleh juga kerana sesiapa yang jadi imam pasti baik juga imannya :)

Fail dia 1.6 gb. Try la kot-kot muat disket ;)

huh. 1.6 tuh. saye tegha caghi ruang la. hehe. hahha. salah eja rupanye. takpe. konpiden

Len,

Ok. Nanti saya pinjamkan itu. Laskar Pelangi masih dengan Puan Ainon.

Ps: lepas ini kita boleh buka gerai di Chow Kit. Kalau yang lain berbisik, “Baik punya” dan menunjukkan cd/ dvd lucah, kita bisik yang sama tetapi tunjukkan dvd Laskar Pelangi / Gandhi :)

Itu baru betul baik punya! ;)

Laskar Pelangi pun ada? Tabah. Huish. Nak lagi. Hiii. Malu terpisu-pisu

Ain,

Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Macamlah tak pernah dengar ‘sabar sebahagian daripada iman’ :p

Kalau nak mamam sekali ngan Gandhi (dan satu filem bercerita tentang semangat Gandhi di zaman moden, Munna Bhai yang juga sedap), kena sediakan paling kurang 3gb ;)

Itu tidak campur Che (Che Guevara), Hitler (adolf hitler) atau Monggol (Gengkhiz Khan) la :)

banyak sangat tu. kenapa saya tak tahu abang din menyimpan khazanah sejarah berharga? saya nak nak nak nak nak. tabah betul. khamis depan ye. sempat saya cari hard disk dulu kot. nak cari celah-celah pintu, rak, dsb

Ain,

Ini bukan YM atau Facebook :p

Ada, laskar pelangi pun ada. Nombor fon masih sama. Kalau nak semua (setakat disebut di sinilah), tadahkan 5/ 5.5(nak selamat) gb ruang cakera yang belum digunakan.

Air milo pun sedap juga sambil tunggu fail siap disalin ;)

saya belanja abang din makan sekali. boleh saja. :) . Tu ah. macam rancak. meh nak add ym

Ain,

Gurau saja. Tapi Kenny Rogers atau Victoria Steak pun sedap juga ;)

Ha ha ha. Gurau sahaja. Tidak baik jual barang yang kita dapat percuma :)

Mintak mahal-mahal. Haha. Layan HS sudah. Boleh saja abang din. tunggu gaji masuk

Salam.
Terima kasih atas perkongsian.
Menarik! Akan dicari nanti.

Kau tengah praktis buat ulasan filem kah? Kalau kau yang tulis ulasan filem di akhbar, aku yakin filem2 yang baik macam ini akan dapat pendedahan yang sewajarnya, bukan karya-karya pop semata-mata! :D

sy setuju dgn pendapat penulis mengenai cerita ini…
kami sbg bakal guru pendidikan khas juga turut diminta untuk menkaji video ini sebagai xsigment di universiti bagi menerapkan ilmu pengetahuan kami lagi terhadap budak2 yang mengalami masalah disleksia…

video ini bagus n sesuai untu setiap lapisan masyarakat agar mereka tidak memandang rendah kepada golongan disleksia keran a jika dibimbing dengan betul mereka juga akan turut berjaya. bagi golongan ibu bapa jangan terlalu menekankan perfect dlm hidup anak2 kerana mereka mempunyai bakat atau kelebihan masing2… setiap manusia dibekalkan kelebihan dan kekurangan (setiap manusia adalah berbeza)

:)

Rajin-rajinlah tuan melawat ke blog ini :) Dengan izin tuhan, saya akan fokus pada reviu filem dan buku selepas ini.

Saya percaya tuan kenal dengan Prof Abdullah. Jika tuan ingin mengkayakan lagi kajian kes berdasarkan filem, saya sarankan Laskar Pelangi The Movie. Prof Abdullah punya satu salinan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

 

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.